Janaki Mandir

Pemandangan hadapan Janaki Mandir

Janaki Mandir (Bahasa Nepal: जानकी मन्दिरcode: ne is deprecated ) merupakan sebuah kuil Hindu di Janakpur dalam wilayah Mithila, Nepal, yang didedikasi untuk dewa Hindu, Sita.[1]

Kuil ini merupakan salah satu contoh seni bina Hindu-Koiri Nepal. Dibina sepenuhnya dengan warna putih terang dan dibina di atas sebuah kawasan seluas 4,860 kaki persegi dengan gaya campuran kubah Mughal dan Koiri, kuil itu mempunyai ketinggian sebanyak 50 meter.[2] Mempunyai sturuktur tiga tingkat, ia diperbuat sepenuhnya dari batu dan marmar. Kesemua 60 buah biliknya dihiasi dengan bendera Nepal, kaca berwarna, ukiran dan lukisan, dengan tingkap kekisi dan menari kecil yang cantik.

Menurut legenda dan epik, Raja Janak memerintah kawasan ini (digelar Videha) semasa zaman Ramayana. Anak perempuannya, Janaki, semasa swyambar telah memilih Tuhan Rama sebagai suaminya, dan menjadi ratu Ayodhya. Majlis perkahwinan mereka telah diarahakan dalam kul berdekatan yang juga digelar vivaha mandap.

Sejarah

Kuil ini popular sebagai Nau Lakha Mandir (bermaksud "sembilan lakhs") sempena jumlah kos pembinaannya yang iaitu sembilan lakhs atau sembilan ratus ribu. Kuil ini telah dibina oleh Ratu Vrisha Bhanu dari Tikamgarh, India pada tahun 1910.

Pada tahun 1657, sebuah patung Dewa Sita ditemui dan Sita dikatakan tinggal di situ. Menurut legenda, ia dibina di atas tanah suci dimana Sannyasi Shurkishordas telah menemui imej Dewa Sita. Malah, Shurkishordas adalah pengasas Janakpur moden dan seorang santo dan penyair hebat yang mengajar tentang falsafah Sita Upasana (juga dikenali sebagai Sita Upanishad). Legenda turut mengatakan Raja Janak (Seeradhway) melakukan pemujaan Shiva-Dhanus di kawasan ini.

Pada Setakat 26 April 2015[kemas kini], kuil ini dilaporkan mengalami kerosakan hasil daripada gempa bumi pada April 2015.[3]

Ibadat

Setiap tahun, beribu-ribu orang dari Nepal, India, Sri Lanka dan lain-lain negara datang melawat Kuil Ram Janaki untuk memuja Tuhan Ram dan Sita. Mereka mengunjungi kuil ini sempena perayaan Ram Nawami, Vivaha Panchami, Dashain dan Tihar.

Galeri

  • Pemandangan depan (October 14, 2007)
    Pemandangan depan (October 14, 2007)
  • Pemandangan matahari tenggelam (November 2, 2012)
    Pemandangan matahari tenggelam (November 2, 2012)
  • Pemandangan di awal pagi (November 2, 2012)
    Pemandangan di awal pagi (November 2, 2012)
  • Pemandangan dalam
    Pemandangan dalam
  • Ganga sagar
    Ganga sagar
  • Muzium sejarah
    Muzium sejarah
  • Janaki Mandir 2018
    Janaki Mandir 2018

Rujukan

  1. ^ "Janaki Temple". Janakpurdham. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2015.
  2. ^ "Janaki Mandhir". Lonely planet. 30 July 2017. Dicapai pada 30 July 2017.
  3. ^ "Nepal Earthquake Takes Heavy Toll on Temples". NDTV. 26 April 2015. Dicapai pada 3 May 2015.

Pautan luar

  • Sita Upanishad
  • Janaki Mandir on Google Maps