Hutan Lipur Lata Belatan

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya 40 kilometer dari bandar Besut dan lebih kurang 103 kilometer dari Kuala Terengganu.[1]

Pembahagian

Hutan Lipur Lata Belatan dibahagikan kepada 50 bahagian dan daripada bahagian tersebut 49 bahagian dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan.

Tumbuhan

Hutan Lipur Lata Belatan mempunyai jenis hutan dipterokarpa bukit serta hutan konifer di kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang dilihat terdapat di sini, dan ia merangkumi kawasan seluas 20 hektar. Antara pokok dipterokarpa yang terdapat di sini seperti meranti dan keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan dipterkarpa yang terdapat di sini ialah nyatuh, kelat, mersawa, kedondong dan lain-lain.

Di kawasan berbukit tinggi yang menghala ke puncak Gunung Tebu, terdapat pokok-pokok yang terdiri daripada jenis meranti dan balau laut merah. Selain itu, di kawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah meranti seraya, campuran meranti dan keruing, dan juga sedikit jenis konifer seperti podo dan damar minyak.

Kemudahan

Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985 bagi menawarkan kemudahan bagi pengunjung.

Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan di mana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday". Bersesuaian dengan konsep tersebut, pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf ("pondok rehat"), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).

Bagi pengunjung yang inginkan kegiatan mencabar, satu denai hutan disediakan bagi pendaki menuju ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Lihat juga

  • Pelancongan di Terengganu

Rujukan

  1. ^ Warta Geologi, Volume 20, Geological Society of Malaysia., 1994

Pautan luar

  • © 2013 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
  • Laman web rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Rekreasi di Lata Belatan © 2008. KOSMO! Online.


  • l
  • b
  • s
Senarai air terjun di Malaysia
Kelantan
Jeram Linang · Jeram Pasu · Lata Rek · Gunung Stong · Lata Berangin
Terengganu
Lata Cemerung · Sekayu · Lata Belatan · Lata Tembakah · Lata Payung ·
Pahang
Jeriau · Chamang · Bukit Berembun · Lata Jarum · Lata Lembik · Lata Meraung · Air Terjun Parit · Air Terjun Robinson · Air Terjun Berkelah
Johor
Air Terjun Kota Tinggi · Air Terjun Puteri · Air Terjun Sungai Pulai · Takah Tinggi · Air Terjun Sungai Yong
Negeri Sembilan
Jeram Toi · Ulu Serting · Ulu Bendol · Jeram Kedah ·
Selangor
Gabai · Kanching · Sendat · Serendah · Sungei Tua · Sungai Tekala · Sungai Batangsi · Congkak ·
Perak
Ulu Chepor · Lata Kinjang · Tanjung Rambutan · Lata Iskandar · Lubuk Timah
Pulau Pinang
Air Terjun Pulau Pinang · Titi Kerawang · Batu Feringgi ·
Kedah
Telaga Tujuh (Langkawi) · Bukit Hijau · Durian Pelangi · Temurun (Langkawi) · Lata Bayu • Perigi
Sabah
Taman Kinabalu · Mahua ·
Sarawak
Bobak · Santubong · Ranchan ·
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih