Gelombang haba haji 2024

Gelombang haba haji 2024
KawasanMakkah, Arab Saudi
Tarikh mula16 Jun 2024 (2024-06-16)
Suhu puncak51.8 °C (125.2 °F), direkodkan di Masjidil Haram
Kehilangan
Kematian922
Kecederaan2,764

Sejak 16 Jun 2024, sekurang-kurangnya 922 orang jemaah haji di Makkah, Arab Saudi meninggal dunia akibat panas melampau, dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius.[1] Suhu terpanas yang direkodkan di Masjidil Haram Makkah ialah 51.8 °C (125.2 °F).[2] Sekurang-kurangnya 2,764 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan pada 16 Jun.[3] Seorang terbunuh dalam pertembungan klalayak yang kecil.[4]

Korban

Angka kematian mengikut negara
Warganegara Kematian Ruj.
 Mesir Paling kurang 600 [5]
 Indonesia 144 [6]
 India 68 [7]
 Jordan 60 [8]
 Tunisia 35 [9]
 Iran 15 [10]
 Iraq 11 [11]
 Malaysia 6 [12]
 Rusia 4 [13]
 Senegal 3 [14]

Musim haji pada 2024 (1445 Hijrah) terdiri daripada kira-kira 1.8 juta orang jemaah. Daripada mereka yang meninggal dunia, sekurang-kurangnya 600 ialah jemaah haji Mesir. Diplomat Jordan menyatakan bahawa 60 warga Jordan juga mati akibat kepanasan melampau.[4] Kementerian Luar Tunisia melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 35 jemaah haji Tunisia meninggal dunia semasa "peningkatan mendadak suhu". Indonesia melaporkan 144 kematian warga Indonesia, sekurang-kurangnya tiga daripadanya disahkan disebabkan strok haba. Tiga belas jemaah dari Wilayah Kurdistan di Iraq dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba yang dilaporkan. Lima jemaah haji wanita dari wilayah Jammu dan Kashmir India meninggal dunia akibat strok haba di Gunung Arafah dan di Muzdalifah.[15] Jemaah haji lain dari Iran dan Senegal dilaporkan meninggal dunia.[16][17]

Beberapa jemaah haji melaporkan melihat jemaah terbaring di tepi jalan tanpa sebarang gerakan, dan menyatakan bahawa perkhidmatan ambulans berulang kali tidak dapat memberikan perhatian yang mencukupi berbanding dengan jumlah korban.

Seorang diplomat Mesir menyatakan bahawa sebilangan besar jemaah haji menunaikan haji tanpa pendaftaran kerana tidak mampu membayar prosedur rasmi, dan boleh memburukkan lagi jumlah korban dan kecederaan Mesir secara amnya disebabkan oleh panas melampau. Sebab-sebabnya termasuk tiada akses kemudahan berhawa dingin atau makanan serta air rasmi, membawa kepada tempoh penyahhidratan berpanjangan, dan pendedahan terhadap haba melampau. Diplomat itu juga menyatakan bahawa kemasukan besar-besaran jemaah haji yang tidak berdaftar berkemungkinan memberi tekanan terhadap kemudahan sedia ada, menyebabkan gangguan dalam agihan makanan, air dan perkhidmatan perubatan.[2]

Pada 19 Jun, jumlah kematian meningkat kepada 922 orang, termasuk 600 rakyat Mesir.[5]

Rujukan

  1. ^ "More than 550 hajj pilgrims die in Mecca as temperatures exceed 50C | Hajj | The Guardian". amp.theguardian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 18 Jun 2024.
  2. ^ a b "At least 550 hajj pilgrims die in scorching temperatures". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 19 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  3. ^ "Saudi Arabia: Over 2,700 cases of heat exhaustion, sunstroke recorded during Haj – Alwast News". enews.alwast.net (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  4. ^ a b "More than 300 Egyptians die from heat during Hajj pilgrimage in Saudi Arabia, diplomats say – CBS News". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  5. ^ a b "Loved ones search for missing as hajj death toll passes 900". Al Monitor. 19 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  6. ^ "Hundreds of Hajj pilgrims reported dead amid lethal heatwave". euronews (dalam bahasa Inggeris). 19 June 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  7. ^ "68 Hajj pilgrims from India dead amid high summer heat in Mecca: Diplomat". euronews (dalam bahasa Inggeris). 19 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  8. ^ Staff (2024-06-19). "Search for missing pilgrims continues after hajj heat deaths". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-06-19.
  9. ^ Vinograd, Cassandra; Mekay, Emad (19 June 2024). "A Deadly Toll as an Intense Heat Grips Saudi Arabia". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  10. ^ "Death Toll From Iranian Pilgrims at Hajj Rises to 11". Iran International (dalam bahasa Inggeris). 18 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  11. ^ "Fifteen Kurdish pilgrims dead in heatwave as Hajj ends". Rudaw (dalam bahasa Inggeris). 18 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  12. ^ Husain Jahit (20 Jun 2024). "6 jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas wukuf". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  13. ^ "Four Russian pilgrims die in Saudi Arabia during Hajj". TASS (dalam bahasa Inggeris). 19 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  14. ^ "A Deadly Toll as an Intense Heat Grips Saudi Arabia". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 19 June 2024. Dicapai pada 19 June 2024.
  15. ^ "Five Kashmiri Women Die Of Heat Stroke During Hajj". Kashmir Observer (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  16. ^ "Jordan, Tunisia report additional hajj heat deaths". The New Arab. 19 Jun 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.
  17. ^ "68 Hajj pilgrims from India dead amid high summer heat in Mecca: Diplomat". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2024. Dicapai pada 19 Jun 2024.