Cai masala

Cai masala
Cai dihidangkan dengan biskut dan rempah
Nama alternatifTeh rempah
JenisTeh berperisa
Tempat asalSubbenua India[1]
Masakan berkaitanMasakan Asia Selatan
Bahan utamaTeh hitam, susu, rempah-ratus, gula
Bahan yang biasa digunakanBlack tea, susu, rempah, ginger Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cai masala (Jawi: چاي مساﻻcode: ms is deprecated , lit. teh rempah-ratus) ialah minuman popular di seluruh Asia Selatan, yang berasal dari benua kecil India moden dahulu. Cai dibuat dengan membancuh teh hitam (biasanya teh hancur-koyak-gulung) dalam susu dan air kemudian dimaniskan dengan gula. Menambah herba dan rempah yang wangi menghasilkan teh cai, tetapi cai yang biasa dibancuhkan tanpa rempah.[2][3]

Perkataan cai berasal daripada perkataan Cina untuk teh, ca melalui bahasa Hindi cai (चाय). Teh berempah ini biasa dipanggil teh cai ataupun cai sahaja.[4] Dengan asal usul dari India,[1][5] minuman tersebut telah menjadi popular di seluruh dunia, menjadi hidangan khas di banyak kedai kopi dan teh, dengan kebanyakannya menggunakan nama latte cai atau latte teh cai untuk versi mereka yang dibuat dengan susu stim, sama seperti membuat latte kopi tetapi dicampur dengan pekatan teh berempah daripada espresso.

Sejarah

Teh diperkenalkan di India oleh orang British sebagai minuman popular. Pokok teh telah tumbuh meliar di Assam sejak zaman dahulu tetapi dalam sejarah, orang India menggunakan teh sebagai ubat herba dan bukan minuman suka-suka.[6]

Pada tahun 1830-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris mula bimbang dengan monopoli teh China, yang merupakan sebahagian besar perdagangannya dan pengeksport utama teh Great Britain, sekitar 1 paun (0.45 kg) setiap orang setahun. Penjajah British baru-baru itu dapat tahu tentang pokok teh Assam dan mula mengusahakan ladang teh di sana. Pada tahun 1870, lebih daripada 90% teh di Great Britain masih berasal dari China tetapi menjelang 1900, ia menurun kepada 10%, sebahagian besarnya digantikan dengan teh yang ditanam di India (50%) dan Sailan (33%).[7]

Walau bagaimanapun, teh hitam di India masih kurang digunakan sehinggalah kempen promosi oleh Persatuan Teh India pada awal abad ke-20, yang menggalakkan kilang, lombong dan kilang tekstil memperuntukkan waktu minum teh untuk para pekerja. Persatuan tersebut juga menaja banyak caiwala, penjaja teh, di seluruh sistem kereta api mereka yang giat dibina.[8]

Teh pada asalnya dihidangkan dalam cara India, dengan sedikit susu dan gula ditambah. Persatuan Teh India pada mulanya tidak suka penjaja menambah rempah dan terlalu banyak susu dan gula, kerana ini bermakna orang menggunakan (dan membeli) lebih sedikit daun teh. Walau bagaimanapun, cai kemudiannya menjadi sangat popular.[9]

Bahan-bahan

Rempah-rempah yang digunakan untuk cai masala

Teh

Teh hitam biasanya digunakan dalam kebanyakan resipi cai. Teh hitam jenis Assam adalah yang paling lazim; walau bagaimanapun, campuran teh-teh yang berbeza boleh digunakan.[10] Assam, Darjeeling, dan Nilgiri adalah tiga jenis teh yang paling biasa digunakan dalam cai di India.[11]

Rempah-ratus

Rempah dan daun teh yang siap dipotong

Cai masala tradisional ialah minuman berempah yang dibancuh dengan campuran rempah-ratus yang menghangatkan badan. Campuran rempah ini, dipanggil karha, menggunakan halia kisar dan buah pelaga hijau. Rempah-rempah lain juga ditambahkan dengan karha ini, seperti sedikit kayu manis, bunga lawang, jintan hitam, ;ada hitam, buah pala, cengkih, biji pelaga, halia, madu, vanila dan rempah-rempah lain.[12][13]

Cai masala di India barat selalunya tidak dibubuh cengkih dan lada hitam. Sedikit kecil garam sering ditambahkan dalam cai di perbandaran Bhopal.[14] Cai versi Kashmir dibancuh dengan teh hijau bukan teh hitam dan kurang berempah, serta mengandungi secubit garam. Versi ini agak berjelira dan berwarna merah jambu kerana soda penaik.[15]

Susu

Asalnya di India, susu kerbau digunakan untuk membuat cai.[16][17] Walaupun susu krim penuh biasanya digunakan dalam cai masala, alternatif seperti air soya atau susu skim juga digunakan di seluruh dunia. [18]

Pemanis

Gula putih, perang, demerara atau madu boleh digunakan sebagai pemanis dalam cai. Jageri juga boleh digunakan sebagai pemanis.[19]

Pembancuhan

Seorang budak lelaki di Mysore membancuh cai masala: Kerana ia dibuat dengan merebus, keladak teh biasanya akan ditapis.

Cara tradisional yang paling mudah untuk membancuh cai masala ialah merebus, dengan mereneh atau mendidihkan susu dan air dengan teh daun, pemanis dan rempah ratus. Pasar-pasar India di seluruh dunia menjual pelbagai jenama masala cai, (Hindi: चाय मसाला, rumi: chāi masālā, lit.'rempah teh'code: hi is deprecated ) untuknya, tetapi banyak keluarga atau penjaja teh, yang di India dipanggi caiwala,[20] membuat campuran sendiri. Keladak teh dan rempah ditapis daripada cai sebelum dihidangkan.

Di Maharashtra, orang sering membuat cai dengan mencampurkan setengah cawan air dan setengah cawan susu dalam periuk. Gula boleh dibubuh semasa atau selepas mendidihnya. Halia kemudiannya diparut, diikuti dengan menambahkan rempah cai. Walaupun bahan-bahannya mungkin berbeza-beza dari tempat ke tempat, rempah cai biasanya mengandungi halia tumbuk, buah pelaga tumbuk, serai, bunga cengkih dan kayu manis.[21] Campuran tersebut didihkan dan 1 sudu daun teh hitam[22] dimasukkan. Cai tersebut terus dialihkan dari api, ditudung dan dibiarkan selama kira-kira 10 minit supaya teh hitam itu seduh menjadi cai. Cai itu kemudian ditapis dan dihidangkan.

Peminuman teh di subbenua India

Seorang lelaki di Kolkata, dengan caidani untuk membawa sembilan gelas cai – teh biasa tanpa rempah

Penjaja-penjaja kecil (dipanggil caiwala dalam bahasa Hindi/ca-ola dalam bahasa Benggali) boleh ditemui di tepi setiap lebuh raya, jalan dan lorong – selalunya satu-satunya peniaga yang akan buka sepanjang malam. Mereka biasanya juga menjual bahan tembakau dan makanan ringan. Ramai penjaja ini akan menghantarkan teh ke tempat-tempat orang bekerja dengan caidani, bingkai kayu atau logam untuk membawa cawan-cawan.[23]

Di bandar raya Mumbai, gerai-gerai teh tepi jalan menjual teh yang lebih kecil dan lebih murah yang dipanggil 'cai potong', 'potong' merujuk kepada kuantiti secawan dipotong setengah untuk mengurangkan kos secawan teh.[24]

Di Pakistan, cai masala biasanya dibancuh dengan susu dan dimaniskan dengan rempah seperti pala, kayu manis dan/atau cengkih. [25]

Cai juga boleh dihidangkan dalam kulhar, sejenis cawan tembikar tradisional sekali guna.[26]

Peminuman di luar subbenua India

Latte cai vanila soya dihidangkan di Berlin

Cai masala popular di Afrika Timur dan Karibia.[27][28] Ia juga agak popular di GCC; tetapi orang tempatan memanggilnya Teh Karak atau Cai Karak (Arab: شاي كركcode: ar is deprecated , Urdu: کڑک چائے‎).[29]

Di Barat

Di Barat, susu kering atau tepung boleh digunakan untuk menyerupai susu kerbau, dengan gula mentah atau turbinado yang biasa digunakan di India. Di samping itu, susu telah kurang diminum oleh semua peringkat umur di Barat sejak 50 tahun yang lalu, jadi pengganti seperti susu oat dan susu badam telah muncul sebagai alternatif untuk susu kerbau juga.[30]

Sebagai alternatif kepada sejenis teh panas, beberapa jenis minuman "cai" sejuk telah menjadi popular di Amerika Syarikat. Antaranya terdapat yang mudah dibuat seperti teh ais berempah tanpa susu kepada teh ais lecah berempah dengan susu (atau krimer bukan tenusu) yang dicampur dalam pengisar dan dihiasi dengan krim putar.[31]

Caiwala (gerai cai) di tepi jalan di Jaipur

Cai dengan espresso ditambahkan dipanggil "cai kotor, 'dirty chai'" di Amerika, juga "java chai, 'cai kopi'", "red eye chai, 'cai mata merah'", "turbocharger, 'pengecas/penyegar turbo'", "chai charger, 'cai pengecas/penyegar'", "tough guy chai, 'cai jantan'", dan lain-lain.[32][33]

Lihat juga

  • flagPortal India

Rujukan

  1. ^ a b Sengupta, Sushmita. "History of Masala Chai: A Quick Dive Into The Origins of India's Favourite Drink". NDTV. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  2. ^ Banerjee, Snigdha. "The British ad propaganda & the journey from tea to chai". www.cityspidey.com. Dicapai pada 24 Januari 2023.
  3. ^ Dalal, Tarla. "Indian tea recipe homemade chai". www.tarladalal.com. Dicapai pada 24 Januari 2023.
  4. ^ "Definition of CHAI". Dicapai pada 5 September 2016.
  5. ^ "A Brief History of Chai and 5 to Try (or Retry) This Fall". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2016. Dicapai pada 5 September 2016.
  6. ^ Rosen, Diana. Chai: the Spice Tea of India. Pownal, Vermont: Storey, 1999.
  7. ^ M., Gilbert, Richard (1986). Caffeine, the most popular stimulant. New York: Chelsea House Publishers. m/s. 24. ISBN 9780877547563. OCLC 12970317.
  8. ^ Chatterjee, Arup K. (18 August 2018). "How chai arrived in India 170 years ago". The Hindu (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ Collingham, Lizzie. (2006). "Chai: The Great Tea Campaign". Dalam Curry: A Tale of Cooks & Conquerors, m/s 187-214. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-517241-8.
  10. ^ "What Is Chai and How to Make It". Food & Wine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-10.
  11. ^ "Masala Chai Tea - History & How to Make It". TEALEAVES (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-31.
  12. ^ "Karha: the Heart of Chai". Hanumanchai.blogspot.ca. Dicapai pada 2018-05-29.
  13. ^ What is Chai? Diarkibkan 2015-04-30 di Wayback Machine
  14. ^ "History of Masala Chai: A Quick Dive Into The Origins of India's Favourite Drink". NDTV Food (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-24.
  15. ^ Subramanian, Sribala (2020-01-29). "The Art and Science of Kashmir's Pink Tea". Atlas Obscura (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-24.
  16. ^ Sara Perry (1 Aug 2001). The New Tea Book: A Guide to Black, Green, Herbal and Chai Teas. Chronicle Books. m/s. 40. ISBN 9780811830539.
  17. ^ Di negara selain India, seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, atau negara Eropah lain, susu lembu penuh lemak biasanya digunakan. Susu tepung akan lebih menyerupai susu kerbau. Umumnya, bahagian utama cai masala ialah masala seperti ruku-ruku, likuoris, aswaganda, daun salam dan rempah-rempah lain yang berguna.
  18. ^ "Did You Know Chai Tea Is Thousands of Years Old?". The Spruce Eats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-24.
  19. ^ "What is Chai Tea?". www.teatulia.com. Dicapai pada 2023-03-12.
  20. ^ "What is a chai wallah?". Chai Wallahs of India. 2013-04-20. Dicapai pada 30 November 2013.
  21. ^ "Recipe for 5 Spice Tea | Tea". Tealicious (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-18.
  22. ^ "Masala Tea". www.teaboard.gov.in. Dicapai pada 2019-05-18.
  23. ^ "10 objects that define Indian design". 2018-07-20.
  24. ^ "Cutting Chai: Why Mumbai Loves a 'Half Cup' of Tea". NDTV Food (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-05.
  25. ^ Carolyn Black (2003). Pakistan: The People. m/s. 28.
  26. ^ "Is Chai served in kulhad healthier?". The Times of India. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 2023-12-13.
  27. ^ Munishi, Michael Oresto; Hanisch, Rachel; Mapunda, Oscar; Ndyetabura, Theonest; Ndaro, Arnold; Schüz, Joachim; Kibiki, Gibson; McCormack, Valerie (2015-08-06). "Africa's oesophageal cancer corridor: Do hot beverages contribute?". Cancer Causes & Control. 26 (10): 1477–1486. doi:10.1007/s10552-015-0646-9. ISSN 0957-5243. PMC 4838015. PMID 26245249.
  28. ^ Planet, Lonely; Fitzpatrick, Mary; Ham, Anthony; Holden, Trent; Starnes, Dean (2012-06-01). Lonely Planet East Africa. Lonely Planet. ISBN 9781743213124.
  29. ^ "Chai Karak: The Popular Drink That's Rapidly Spreading in the Gulf". Khaleejisque. 2011-09-28.
  30. ^ Stewart, Hayden; Dong, Diansheng; Carlson, Andrea. "Why Are Americans Consuming Less Fluid Milk? A Look at Generational Differences in Intake Frequency" (PDF). United States Department of Agriculture. Economic Research Service. Dicapai pada 28 March 2022.
  31. ^ "Tazo® Chai Frappuccino® Blended Crème | Starbucks Coffee Company". Starbucks.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada 2012-08-13.
  32. ^ "What's a Dirty Chai?". The Spruce. Dicapai pada 2018-01-31.
  33. ^ Travis., Arndorfer (2006). The complete idiot's guide to coffee and tea. Hansen, Kristine. New York: Alpha Books. m/s. 120. ISBN 9781440626012. OCLC 489450263.

Pautan luar


  • l
  • b
  • s
Masakan mengikut kawasan
India Utara
Artikel utama
Awadhi
Bhojpuri
Punjab
Kumauni
Mughlai
Kashmir
Rajasthan
Uttar Pradesh
India Selatan
Artikel utama
Andhra
Chettinadu
Karnataka
Kerala
Tamil
Hyderabad
Udupi
Mangalore
Katolik Mangalore
Saraswat
India Timur/Timur Laut
Bihar
Maithil
Benggali
Assam
Jharkhand
Meghalaya
Manipur
Naga
Masakan Sikkim
Tripur
Arunachal
Odia
India Barat
Goa
Gujerat
Marathi
Agri & Koli
Malvani & Konkani
Sindhi
Parsi
Lain-lain
Makanan segera
Inggeris-India
Cina India
Indonesia India
India Singapura
Jain (Satvika)
India Malaysia
Bahan-bahan / jenis makanan
Section 'Bahan-bahan dan jenis makanan' not found
Penyediaan dan memasak
Section 'Penyediaan dan memasak' not found
Masakan yang berkaitan
Section 'Masakan yang berkaitan' not found
Lihat juga
Section 'Lihat juga' not found
  • Kategori Kategori
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikibuku Buku memasak
  • Ikon portal Portal India
  • Ikon portal Portal Makanan
  • l
  • b
  • s
Hidangan India mengikut kawasan
Utara
Mughlai
  • Mughlai Kabab
  • Mughlai Paratha
  • Murgh Musallam
  • Pasanda
  • Qeema Matar
  • Rezala
Punjab
  • Amritsari Papar Warian
  • Ayam tikka
  • Chole bhature
  • Dal Makhani
  • Lassi
  • Makki di roti
  • Sarson ka saag
Kashmir
  • Noon Chai
  • Rogan Josh
  • Shab Deg
Lain-Lain
  • Aloo gobi
  • Aloo Mutter
  • Baati
  • Baingan bartha
  • Barfi (Kaju barfi / Kaju katli)
  • Bhatura
  • Ayam mentega
  • Chana masala
  • Chapati
  • Churma
  • Dum Aloo
  • Dopiaza
  • Kari telur
  • Haleem
  • Jeera aloo
  • Kachori
  • Ayam Kadai
  • Kadhi
  • Kahwah
  • Keema
  • Khichra
  • Khichdi
  • Kulcha
  • Korma
  • Kulfi
  • Laal maans
  • Mattar paneer
  • Mirchi Bada
  • Kari kambing
  • Naan
  • Nihari
  • Palak Paneer
  • Pakora
  • Paneer tikka
  • Raita
  • Rajma
  • Rumali roti
  • Sai bhaji
  • Shahi paneer
  • Shami Kebab
  • Ayam Tandoori
  • Paneer Tikka Masala
Thali
Naan
Ayam tikka
Selatan
Hyderabadi
  • Baghara Baigan
  • Hyderabadi Biryani
  • Hyderabadi Haleem
  • Hyderabadi Marag
  • Lukhmi
  • Mirchi ka Salan
  • Biskut Osmania
Lain-Lain
  • Appam
  • Aviyal
  • Benne Dose
  • Bhajji
  • Bisi bele bath
  • Bonda
  • Chicken 65
  • Ayam Chettinad
  • Chakna
  • Nasi curd
  • Dahi chutney
  • Dopiaza
  • Thosai
  • Double ka meetha
  • Fish molee
  • Idiappam
  • Idli
  • Injipuli
  • Kaalan
  • Kanji
  • Kerala porotta
  • Koottu
  • Kozhakkattai
  • Kuzhambu
  • Murukku
  • Mysore Pak
  • Pachadi
  • Paniyaram
  • Parotta
  • Payasam
  • Pongal
  • Poriyal
  • Pulihora
  • Puttu
  • Rasam
  • Rice and curry
  • Sakinalu
  • Sambar
  • Sheer korma
  • Sevai
  • Upma
  • Uttapam
  • Thalassery biryani
  • Vada
Barat
Gujarat
  • Dhokla
  • Khakhra
Lain-Lain
  • Akuri
  • Basundi
  • Bhakri
  • Bhelpuri
  • Bombil fry
  • Chinese bhel
  • Chivda
  • Chouriço
  • Dahi vada
  • Dhansak
  • Doodhpak
  • Handvo
  • Kadboli
  • Khatkhate
  • Khandvi
  • Khichdi
  • Kombdi vade
  • Kuswar
  • Misal
  • Misal Pav
  • Pav bhaji
  • Patoleo
  • Patra ni machhi
  • Pohe
  • Sabudana Khichadi
  • Sanna
  • Sevpuri
  • Shrikhand
  • Solkadhi
  • Sorpotel
  • Thalipeeth
  • Vada pav
  • Veg Kolhapuri
  • Vindaloo
  • Xacuti
Timur
Bengal
  • Cham cham
  • Charchari
  • Jalfrezi
  • Masakan Cina India
  • Kati roll
  • Luchi
  • Machher Jhol
  • Mishti Doi
  • Pantua
  • Kari malai udang
  • Rasgulla
  • Ras malai
  • Sandesh
  • Sorshe Ilish
Odia
  • Chandrakanti
  • Charchari
  • Chhena gaja
  • Chhena jalebi
  • Chhena kheeri
  • Chhena poda
  • Chingudi Jhola
  • Dahi baigana
  • Dahi Machha
  • Maachha Bihana
  • Ouu khatta
  • Pakhala
  • Pitha
  • Rasabali
  • Rasagola
  • Santula
  • Mathapuli
Pelbagai
  • Biryani
  • Chaat
  • Chutney
  • Dal
  • Falooda
  • Flattened rice
  • Gulab Jamun
  • Halwa
  • Indian pickle
  • Jalebi
  • Kheer
  • Kofta
  • Laddu
  • Mango pudding
  • Panipuri
  • Papadum
  • Paratha
  • Puri
  • Qeema
  • Roti
  • Sindhi biryani
  • Samosa
  • Shankarpali
  • Soan papdi
  • Zarda
  • Puri Bhaji
Diaspora India
  • Kategori Kategori
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikibuku Cookbook
  • Ikon portal Portal Food
  • Ikon portal Portal India
  • l
  • b
  • s
Kepelbagaian
biasa
Teh hitam
  • Assam
  • Bohea
  • Ceylon
  • Congou
  • Darjeeling
  • Dianhong
  • Monyet Emas
  • Jin Jun Mei
  • Kangra
  • Keemun
  • Nilgiri
  • Tibeti
  • Rize
  • Yingdehong
Teh Oolong
  • Bai Jiguan
  • Ban Tian Yao
  • Bu Zhi Chun
  • Da Hong Pao
  • Dong ding
  • Dongfang Meiren
  • Gaoshan
  • Huangjin Gui
  • Huang Meigui
  • Jin Xuan
  • Qilan
  • Pouchong
  • Rougui
  • Ruanzhi
  • Shui Jin Gui
  • Shui Hsien
  • Tieluohan
  • Tieguanyin
Teh hijau
  • Anji bai cha
  • Aracha
  • Baimao Hou
  • Bancha
  • Biluochun
  • Chun Mee
  • Dafang
  • Genmaicha
  • Benih Melon Lu'an
  • Mesiu
  • Gyokuro
  • Hōjicha
  • Taiping houkui
  • Huangshan Maofeng
  • Hyson
  • Kabusecha
  • Kamairicha
  • Konacha
  • Kukicha
  • Longjing
  • Matcha
  • Maojian
  • Mecha
  • Mengding Ganlu
  • Sencha
  • Shincha
  • Tamaryokucha
Teh putih
  • Bai Mudan
  • Baihao Yinzhen
  • Shoumei
Teh kuning
  • Junshan Yinzhen
  • Huoshan Huangya
Teh yang ditapai
  • Pu-erh
  • Doncha
  • Lahpet
  • Kōcha atau kombucha
Diadun atau
diperisa
  • Earl Grey (Lady Grey)
  • Teh sarapan (Inggeris, Ireland)
  • Minum petang Inggeris
  • Teh melati
  • Lapsang souchong
  • Masala chai
  • Teh pudina
    • Teh pudina Maghrebi
  • Prince of Wales
  • Caravan Rusia
Teh herba [a]
  • Chamomile
  • Limau kering
  • Halia
  • Guayusa
  • Koththamalli
  • Kuding
  • Mate
Umum
  • Australia
  • Inggeris
  • Ceylon
  • Cina
  • Iran
  • Korea
  • Nepal
  • Taiwan
  • Turki
  • Vietnam
Budaya
Adat
  • Minum teh/petang
  • Jamuan teh
  • Tasseografi
  • Upacara minum teh
    • Jepun
    • Cina
    • Korea
  • Yum cha
Kawasan
  • Taman teh
  • Rumah teh atau bilik teh
  • Cha chaan teng
  • Chashitsu
    • Mizuya
    • Sukiya-zukuri
    • Roji
Mengikut negara
  • Amerika
  • Arab
  • Argentina
  • Azerbaijan
  • Brazil
  • Cina
  • Dominikan
  • Hong Kong
  • India
  • Mexico
  • Pakistan
  • Rusia
  • Senegal
  • Taiwan
Sejarah
  • China
  • India
  • Jepun
Pengeluaran dan
pengedaran
  • Penggredan daun
  • Pemprosesan
  • Rasa
  • Penanaman
    • Penyakit
    • Pemangsa
  • Syarikat
  • Penggunaan mengikut negara
  • Lelong
    • London
    • Chittagong
    • Guwahati
Mengikut negara
  • Bangladesh
  • Kenya
  • Sri Lanka
  • Amerika Syarikat
Persediaan
  • Teh berbunga
  • Infusi
  • Merebus
  • Prosedur ISO
  • Sedap
  • Uncang teh
  • Bata teh
Health
  • Kesan kesihatan
  • Kandungan fenolik
  • Sebatian
    • Kafeina
    • Teanina
    • Flavan-3-ol
      • Katecina
    • Epigallocatechin gallate
    • Teaflavina
Minuman
asas teh
  • Teh mutiara
  • Teh pembina
  • Teh mentega
  • Chifir
  • Doodh sabar chai
  • Teh susu gaya Hong Kong
  • Teh ais
    • Arnold Palmer
  • Jagertee
  • Kahwah
  • Lei cha
  • Teh susu
  • Siang chai
  • Teh tujuh lapis
  • Shahi haleeb
  • Suutei tsai
  • Teh manis
  • Teh tarik
  • Teh Thailand
  • Troq chai
  • Kopi cham / yuenyeung
Lihat juga
  • Peralatan teh
    • Peti
    • Caddy
    • Saringan
    • Infuser
    • Cawan teh
    • Teko
    • Gaiwan
    • Set teh
  • Sastera
    • Klasik teh
  • Kopi
  • Senarai teh Cina
  • Teh dari spesies yang berkaitan
    • Camellia japonica
    • Camellia sasanqua
    • Camellia taliensis
  • Penyelidikan teh
    • Institut Teh Lipton
    • Stesen Penyelidikan dan Penyambungan Teh
  1. ^ Teh herba tidak dibuat dari Camellia sinensis dan oleh itu secara teknikalnya tidak dianggap teh.
  • Portal Portal Minuman
  • Kategori Kategori:Tea
  • Laman projek Pasukan Petugas Kopi & Teh