Peter Altmaier, Menteri Hal Ehwal Khas Persekutuan
Eksekutif Agensi
Bruno Kahl, Presiden
Michael Klor-Berchtold, Naib Presiden
Mejar Jeneral Norbert Stier, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Ketenteraan
Guido Müller, Naib Presiden bagi Fungsi Pusat dan Pemodenan
Agensi induk
Canseleri Jerman
Laman sesawang
www.bnd.de
Biro Perisikan Persekutuan (Bahasa Jerman: Bundesnachrichtendienstcode: de is deprecated (Sebutan bahasa Jerman: [ˌbʊndəsˈnaːχʁɪçtnˌdiːnst], BND; CIA beri nama kod CASCOPE[2]) ialah sebuah agensi perisikan luar negeri Jerman, berada secara langsung dibawah Pejabat Canselor. Ibupejabatnya terletak di Pullach berhampiran Munich, tetapi ia dalam proses dipindahkan ke ibupejabat baru di Berlin pada tahun 2017. BND mempunyai 300 lokasi di Jerman dan negara-negara asing. Pada tahun 2005, ia menggaji sekitar 6,050 orang, 10% darinya adalah askar Bundeswehrcode: de is deprecated , yang digaji oleh Amt für Militärkundecode: de is deprecated (Pejabat bagi Sains Ketenteraan). Peruntukan BND bagi tahun 2017 adalah € 832,860,000.
BND bertindak sebagai sistem amaran awal untuk memberitahu kerajaan Jerman tentang ancaman kepada kepentingan luar negara Jerman. Ia amat bergantung pada perakam perbualan telefon dan alat elektronik untuk mengawas komunikasi antarabangsa. Ia mengumpul dan menilai maklumat mengenai pelbagai bidang seperti terorisme antarabangsa, percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan pemindahan teknologi yang tidak sah, jenayah terancang, pemerdagangan senjata dan dadah, pengubahan wang haram, emigrasi haram dan peperangan maklumat. Selaku satu-satunya agensi perisikan Jerman di luar negara, BND mengumpul kedua-dua risikan tentera dan awam. Walaupun Pasukan Rekonaisans Strategik(Kommando Strategische Aufklärung) (KSA) Bundeswehrcode: de is deprecated juga menjalankan misi ini, ia bukanlah sebuah agensi perisikan. Terdapat kerjasama rapat antara BND dan KSA.
Perkhidmatan rahsia kembar BND dalam negeri adalah Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Konstitusi (Bundesamt für Verfassungsschutzcode: de is deprecated , atau BfV) dan 16 pejabat kembar di peringkat negeri Landesämter für Verfassungsschutzcode: de is deprecated (Pejabat Negeri bagi Perlindungan Konstitusi); terdapat juga organisasi perisikan tentera yang berasingan, iaitu Militärischer Abschirmdienstcode: de is deprecated (MAD, Biro Risik Balas Tentera).
BND adalah pengganti kepada Organisasi Gehlen. Tokoh utama paling terkenal dalam sejarahnya ialah Reinhard Gehlen, yang merupakan presiden pertamanya.