Banjir Sumatera Barat 2024

Banjir Sumatera Barat 2024
Peta Sumatera Barat
Tarikh – 
Tempoh
  • 7 - 21 Mac 2024
  • 11-27 Mei 2024
TempatSumatera Barat[a]
Penyebab
  • Cuaca buruk
  • Pembalakan tidak terawasi
Kematian
  • 28 (Mac)
  • 67 (Mei)
Kecederaan
  • 44 (Mei)
Hilang
  • 4 (Mac)
  • 20 (Mei)
Harta benda rosak
Rp226 bilion[2]

Sepanjang bulan Mac dan Mei 2024, banjir, reruntuhan gelongsor lumpur selepasnya pada bulan Mei, banjir kilat besar yang disebabkan oleh hujan deras berterusan telah menjejaskan 10 kabupaten dan bandar di Sumatera Barat.[3] Banjir yang berlaku pada bulan Mac dan Mei telah menyebabkan sebanyak 95 orang maut dan 44 orang mendapat kecederaan berat.[4]

Peristiwa

Pada awal tahun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menerbitkan Pandangan Iklim 2024. Maklumat itu menyatakan bahawa di beberapa daerah atau kabupaten Sumatera Barat akan berlaku hujan yang lebih lebat daripada angka normal.[5] Sejak pertengahan bulan Januari, hujan di Sumatera Barat jauh lebih deras berbanding Provinsi lain di Pulau Sumatera.[6] Tingkat derasnya hujan yang turun di Iburaya Provinsi yaitu Bandar Padang bahkan melebihi 394,6 milimeter/hari, jauh lebih tinggi apabila dibandingkan dengan mana-mana daerah Indonesia yang lain.[7]

Banjir pada bulan Mac

Seorang kakitangan pentadbir sedang meninjau rumah yang rosak terjejas oleh banjir di Kabupaten Pesisir Selatan

Memasuki musim kemarau, hujan tetap turun hampir sama derasnya seperti bulan-bulan sebelumnya. Tebatan banjir yang dibina oleh pentadbir tempatan telah sampai kepada hadnya dan berkurangnya pokok di hutan kerana pembalakan membuat air bah menuruni pegunungan dan menghantam apa-apa yang dilalui.[8] 28 orang maut, di antara mereka 25 orang berasal daripada Kabupaten Pesisir Selatan dan 3 dari Kabupaten Padang Pariaman.[9] Empat orang hilang dan 700 orang terpaksa harus mengungsi.[10]

Di Pesisir Selatan, sebanyak 866 rumah mendapat kerosakan berat, 139 unit rosak menengah, dan 579 unit rksak ringan. 16 unit jambatan dan jalan sepanjang 3.5 kilometer ikut mendapat kerosakan. Jumlah kerugian di dianggarkan mencapai Rp212 miliar.[11] Aktiviti sekolah bagi pelajar di beberapa daerah harus dipindahkan dan 113 hektar lahan pertanian rosak yang menjejaskan tuaian petani.[10] Reruntuhan gelongsor lumpur menutupi laluan jalan utama menuju ataupun keluar daripada Pesisir Selatan dan Padang Pariaman selama beberapa hari.[12]

Banjir pada bulan Mei

Air yang berada di dalam tebatan yang melindungi empat kecamatan mulai meluap sebab hujan yang sangat deras pada tarikh 22:30 WIB (15:30 UTC), 11 May 2024. Lahar dingin di Gunung Marapi runtuh yang menyebabkan air di dalam tebatan menyapu sungai dan perkampungan yang dilalui. [13][14][15] Air bah bercampur dengan abu vulkanik dan bebatuan besar menghantam banyak daerah di Agam, Tanah Datar, Padang Pariaman, Padang Panjang dan Bandar Padang. Banjir kilat itu menyebabkan keseharian penduduk di daerah yang terjejas lumpuh.[16][17]

Sebanyak 67 orang maut,[18] di antara mereka 22 berasal dari Agam (19 orang berasal daripada Kecamatan Canduang), 29 dari Tanah Datar, 12 orang dari Padang Pariaman, 2 orang dari Padang Panjang dan 2 orang dari Padang. 20 orang lainnya menghilang, 44 orang mendapat cedera berat dan 4,000 penduduk harus mengungsi.

Jumlah kerugian di kawasan yang terjejas ialah: 521 rumah, 31,985 hektar tanah produktif yang merangkumi ladang buah-buahan dan sawah, 19 jambatan dan tiga jalan laluan utama. Mayat yang tersapu oleh banjir ditemukan jauh dari tempat peristiwa berlaku. Di Kabupaten Tanah Datar, dua lori besar hanyut dan 200 bangunan mendapat kerosakan. Di Kabupaten Agam, ratusan rumah mendapat kerosakan dan 159 penduduk terpaksa untuk mengungsi sementara di sekolah-sekolah wilayah itu. Jalan laluan negara atau nasional tertutup oleh batu-batu besar sehingga kendaraan yang berasal daripada luar Sumatera Barat tidak boleh memasuki iburaya bagi sementara.

Kesan

Banjir pada bulan Mac

Menteri PUPR Basuki Hadimuljono dan Gabenor Sumatra Barat Mahyeldi meninjau tempat berlakunya runtuhan gelongsor di Kabupaten Pesisir Selatan.

Gubernur Sumatera Barat, Datuak Marajo Mahyeldi Ansharullah, menggalakan lawatan kerja ke daerah-daerah yang terjejas oleh banjir. Kakitangan Badan Nasional Penanggulangan Bencana diberi khidmat bagi memenuhi keperluan sehari-hari masyarakat dan memperbaiki tebatan banjir yang telah rosak.[19]

Basuki Hadimuljono sebagai Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR), mengatakan dalam media akhbar tempatan, “Sepadan dengan khidmat daripada PU, kami berfokus pada fasiliti awam. Untuk yang di Pessel ini puncanya ialah konektiviti. Ada 5 kabupaten dan bandar yang terjejas oleh banjir dan gelongsor, tetapi yang membimbangkan ini (Pessel). Menjejaskan persediaan petrol Pertamina dan pengangkutan minyak kelapa sawit dari Bengkulu. Saya minta dalam masa satu minggu ini, tidak ada keluhan daripada masyarakat." Beliau berazam akan segera memperbaiki kemudahan dan pengangkutan awam untuk menjaga konektiviti laluan jalan di Sumatera Barat semasa lawatan.[20]

Banjir pada bulan Mei

BNPB mengazamkan status kecemasan selama 14 hari untuk seluruh daerah di wilayah Sumatra Barat dan mengkongsikan wang bantuan sebesar Rp 3.2 billion bagi pentadbir tempatan yang terjejas akibat banjir kilat.[21] Kakitangan agensi berkhidmat mencari siapa-siapa orang yang menghilang dan membersihkan jalan dari bebatuan dan lumpur. Jengkaut digalakkan untuk mengangkat batu-batu besar dan pokok-pokok kayu. Abdul Malik sebagai ketua pasukan penyelamat Sumatera Barat memberi penegasan, "Kami telah memberi perintah kepada 400 kakitangan kami, lapan kenderaan jengkaut dan drone bersaiz menengah untuk memenuhi khidmat kami."[22]

Mahyeldi Ansarullah menyampaikan takziahnya, "Semua mangsa yang terjejas akan diberi perawatan medikal yang pantas (di hospital). Memandangkan biaya yuran yang besar, masyarakat tidak perlu risau. Aku yang akan membayar semua bil hospital." Kemudian beliau mengazamkan penubuhan pusat pengungsian bagi daerah yang terjejas parah dan berjanji akan menubuhkan rumah bagi mangsa apabila mereka mahu menunggu 6 bulan dan berpindah dari tempat yang asal.[23] 200 perumahan akan digalakkan pada kawasan baharu.[24]

Jabatan meteorologi Indonesia, BMKG, mengguna teknik menyemai awan agar hujan yang turun tidak deras. Pada 18 Mei, sebuah kapal terbang tempur milik TNI AU menyebarkan flare garam untuk memecah buntalan awan kelabu. Seorang jurucakap BMKG mengatakan bahawa 15 tan garam dijatuhkan selama 3 hari penyemaian awan.[25]

Pada 26 Mei, PVMBG (Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi) merancangkan untuk mengasas sistem amaran keselamatan banjir di Sumatra Barat. Mereka memasang sistem amaran itu 23 tempat yang berbeza yang menyebar di antara daerah Agam, Tanah Datar dan Padang Panjang.[26]

Nota

Rujukan

  1. ^ Sastra, Yola (10 Maret 2024). "21 Warga Meninggal akibat Banjir dan Longsor di Sumbar, 5 Lainnya Hilang". Kompas. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "4 Fakta Banjir Sumbar yang Telan 26 Korban Jiwa". Detik News. 11 Maret 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Ng, Kelly (13 May 2024). "'Cold lava' sweeps villages near volcano, killing 41". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.
  4. ^ "Ditemukan Korban Ke-25 akibat Banjir Longsor Pesisir Selatan". mediaindonesia.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-19.
  5. ^ Firdaus, Farid (1 Januari 2024). "BMKG Rilis Pandangan Iklim 2024, Prediksi Curah Hujan dan Kemarau". Bisnis.com.
  6. ^ "Banjir di Pesisir-Selatan, Sumatera-Barat". Pusat krisis kemkes. 15 Januari 2024.
  7. ^ Arif, Ahmad (11 Maret 2024). "Curah Hujan Ekstrem di Padang Mengalahkan Rekor 154 Tahun di Jakarta". Kompas. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Suwirpen Suib Terima Keluhan Warga Mata Air yang Jadi Langganan Banjir". DPRD Provinsi Sumbar. 29 Januari 2024.
  9. ^ developer, mediaindonesia com. "Ditemukan Korban Ke-25 akibat Banjir Longsor Pesisir Selatan". mediaindonesia.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-19.
  10. ^ a b "Banjir dan Tanah Longsor di Sumbar, Sedikitnya 26 Tewas". VOA Indonesia. 11 Maret 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ Sugiarto, Heri (11 Maret 2024). "Menteri PUPR: Banjir Bandang Pesisir Selatan Diduga Akibat Ilegal Logging dan Hujan Ekstrem". Padek. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ "Akses jalan antarkabupaten di Sumbar terganggu akibat longsor". Antara Kepri. 8 Maret 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "Death toll rises to 34 in West Sumatra floods". The Jakarta Post. 12 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2024. Dicapai pada 12 May 2024.
  14. ^ Ng, Kelly (13 May 2024). "'Cold lava' sweeps villages near volcano, killing 41". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.
  15. ^ "At least 28 dead, several missing in Indonesia flash floods, cold lava flow". Al Jazeera. 12 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2024. Dicapai pada 12 May 2024.
  16. ^ "Cold lava mudslides kill dozens as flash floods hit Indonesian island". ABC News. 12 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.
  17. ^ Piliang, Kasparman (12 May 2024). "Flash floods and cold lava flow hit Indonesia's Sumatra island. At least 37 people were killed". Chronicle Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2024. Dicapai pada 12 May 2024.
  18. ^ "67 Meninggal Dunia Akibat Bencana Galodo Sumbar". DetakIndonesia (dalam bahasa Indonesia). 17 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 17 May 2024.
  19. ^ "BNPB tegaskan kebutuhan dasar korban bencana di Sumbar harus terpenuhi". Antara Sumbar. 11 Maret 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  20. ^ Adams, Dedi Oscar (11 Maret 2024). "Menteri PUPR Basuki Hadimuljono Tinjau Lokasi Banjir Bandang Pessel". Sumbarprov.go.id. Check date values in: |date= (bantuan)
  21. ^ "BNPB umumkan status tanggap darurat 14 hari di Sumatera Barat". ANTARA News (dalam bahasa Indonesia). 13 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2024. Dicapai pada 13 May 2024.
  22. ^ Utama, Fhirlian Rizqi (14 May 2024). "[UPDATE] Banjir Lahar dan Longsor Sumatra Barat: Korban Jiwa Capai 50 Orang, Pemerintah Upayakan Penanganan Terbaik". BNPB (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2024. Dicapai pada 14 May 2024.
  23. ^ Efison, Hendra (12 May 2024). "Banjir Bandang Sumbar, Gubernur Mahyeldi Tinjau Lembah Anai". Padang Ekspres (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2024. Dicapai pada 12 May 2024.
  24. ^ Santoso, Anton (16 May 2024). "Ministry to build 200 houses for Marapi cold lava flood victims". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2024. Dicapai pada 16 May 2024.
  25. ^ "'God, have mercy': Survivors recount horror of Indonesian flash floods, cold lava flow". The Straits Times. 12 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2024. Dicapai pada 12 May 2024.
  26. ^ Bhwana, Petir Garda (26 May 2024). "Indonesia is Designing Community-based Early Warning System for Flash Floods in West Sumatra". Tempo. Dicapai pada 7 June 2024.

Pautan luar

  • Banjir dan longsor di Sumbar ungkap praktik 'deforestasi yang makin luas di Taman Nasional Kerinci Seblat'. BBC Indonesia. 13 Maret 2024.