Anugerah Era 2001 merupakan majlis penganugerahan tahunan yang julung kali dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 29 September 2001. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas. Anugerah ini ditaja oleh Lux. Ia juga disiarkan di TV3 sehari selepas acara pada jam 10.00 malam, di mana ia menggantikan slot filem Inggeris, Movie Sunday untuk seminggu sahaja.