Aliff Razali
Mohammad Aliff bin Mohammad Razali (lahir 30 September 1986) adalah merupakan penyanyi lelaki di Malaysia. Beliau merupakan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 pada tahun 2008.
Aliff Razali | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Aliff bin Mohammad Razali (1986-09-30) 30 September 1986 (umur 37) Pulau Pinang |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2008-sekarang |
Pasangan | Nas Adila (k. 2010) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Nas Adila, Ika Nabella |
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2010, Aliff dikhabarkan mulai rapat dan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi bintang Akademi Fantasia, iaitu Nas Adila. Setelah hampir lima tahun bercinta, mereka akhirnya selamat dinikahkan pada tahun 12 Disember 2015. [1]
Akademi Fantasia 6
Aliff merupakan salah seorang daripada 14 orang pelajar yang terpilih berjaya memasuki banglo Akademi Fantasia 6 dan mengikuti sesi pembelajaran setiap minggu. Namun beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh, iaitu ketika konsert ketujuh AF6 diadakan di Istana Budaya. Berikut persembahan beliau di akademi;
Konsert | Lagu & penyanyi asal | Rank |
---|---|---|
Minggu 1 | "Sayang Sayang" nyanyian Aliff Aziz | 9 |
Minggu 2 | "Angan Dan Sedar" nyanyian Mawi | 4 |
Minggu 3 | "Kamelia" nyanyian Sweet Charity | 2 |
Minggu 4 | "Menghapus Jejakmu" nyanyian Peterpan | 1 |
Minggu 5 | "Hai" nyanyian Adam | 1 |
Minggu 6 | "Ketahuan" nyanyian Matta Band | 7 |
Minggu 7 | "Rozana" nyanyian Search | Tersingkir |
Diskografi
Single
- "Tiga Malam Ada Bintang"
- "Alaisya"
- "Tiada Rasa" (feat Ika Nabella)
Filemografi
Tahun | Program | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2008 | Akademi Fantasia 6 | Peserta | Astro Ria |
Trek Selebriti | Tetamu undangan |
Rujukan
- ^ Amri Hassan (31 Julai 2018).Hamil dua bulan, Nas Adila dan Aliff Razali bakal timang cahaya mata kedua Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2018.