Abdul Hamid Yusof
Allahyarham Dato' Abdul Hamid Yusof DPMJ, PIS (Johor) | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 1931–1934 | |
Didahului oleh | Dato' Mustapha Jaafar |
Digantikan oleh | Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1876-10-17)17 Oktober 1876 Johor, Malaya |
Meninggal dunia | 28 Disember 1934(1934-12-28) (umur 58) Johor Bahru, Johor |
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah |
Dilahirkan pada 17 Oktober 1876, beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang kelima pada 1931 hinggalah meninggal dunia di Johor Bahru pada 28 Disember 1934.
Karier beliau bermula sebagai prebet dalam pasukan Askar Johor sebelum dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan tahap demi tahap hingga ke pangkat Leftenan Kolonel pada 1919.
Beliau yang pernah menjadi pemerintah tentera di Muar, mendapat penghargaan Menteri Jajahan Takluk British kerana jasanya dalam Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.